Leelou Blogs

Sunday, December 11, 2011

Ulangtahun Perkahwinan ke 2

Alhamdulillah YA ALLAH.Harini genap 2 tahun usia perkahwinan umi dan abi. Cepat sungguh masa berlalu, rasanya masih baru kami memadu kasih sebagai pasangan suami isteri. Umi bersyukur pada ALLAH kerana menciptakan abi utk umi. Seorang suami yang begitu memahami, penyayang dan bertanggungjawab. Paling penting sekali sbg guru agama yg banyak mendididk dan membimbing umi menjadi isteri yg solehah dan ibu yg penyayang. Umi tak dapat membayangkan jika umi terpaksa berjauhan dgn abi lagi. Sesungguhnya ALLAH mendengar suara hati umi utk berkahwin dgn seorang ustaz walaupun pada zahirnya umi tak layak. Umi hanya mampu berdoa dan akhirnya syukur yg teramat sangat akhirnya umi dikurniakan seorang ustaz. Terima kasih YA ALLAH, Engkau mendengar doa hambamu ini.

Umi bertuah kerana abi hadir dalam hidup umi dan membimbing umi dalam bidang agama dan itulah sebaik-baik pilihan suami yg umi idam-idamkan. Sesungguhnya tiada kata2 yg mampu umi ungkapkan utk meluahkan rasa kasih dan sayang pada suami umi tersayang MOHAMMAD KHALIL IBRAHIM.

Terima kasih sayang kerana hadir dalam hidupku. Semoga kita dapat sama2 membimbing putera hati kita MOHAMMAD WAIZ. Moga WAIZ menjadi anak yg soleh dan sentiasa mendoakan kita sebagai bekalan diakhirat sana.

Doa yg umi selalu amalkan setiap pagi:

YA ALLAH
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di ARASH
Berilah kekuatan dan keyakinan utk aku terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segalah tingkahlakunya
Sekiranya suamiku ini adam=lah bidadara untukku di JannahMu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawadduk atas segala perintahnya


Hanya padaMu YA ALLAH
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah segala harapan
Kerana aku pasrah dgn dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana kurang kesabaran menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu


YA ALLAH YA TUHANKU
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yg dikasihi
Isteri yg solehah
Isteri yg sentiasa di hati suaminya

No comments:

Post a Comment