Leelou Blogs

Tuesday, December 13, 2011

Mohammad Waiz

Macam2 ragam anak umi sorang ni. Genap 10 bulan waiz dah pandai merangkak dan hingga saat ini usia waiz dah 11 bulan 3 minggu 6 hari waiz dah pandai mengungkapkan kalimah ALLAH dan AMIN. Meniru perbuatan umi dan abi ketika sembahyang. Cukup indah ciptaan ALLAH usia belum genap setahun tapi pelbagai ragam yang dah mula diikuti. Moga Mohammad Waiz menjadi anak yang soleh dan menyenangkan umi dan abi. Cepat2 belajar solat dan mengaji yer sayang.

Abi baru balik keje



Monday, December 12, 2011

Majlis Aqiqah & Kesyukuran Mohammad Waiz

Alhamdulillah akhirnya umi dan abi dapat sempurnakan Majlis Aqiqah & Majlis Kesyukuran buat putera yg kami cintai Mohammad Waiz. Tanggal 6 December 2011 bersamaan 10 Muharram 1433H hari Ahad majlis yang dirancang berjalan lancar. Nawaitu kami lebih pada majlis aqiqah dan disusuli dgn niat kenduri masuk umah baru dan kenaikan pangkat abi dan umi. Walaupun ramai sedara mare dan kawan2 tak dapt hadirkan diri maklumlah raya haji ramai yg pulang ke kampung halaman masing2 tapi suasana di teratak umi dan abi meriah dgn alunan selawat dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Suasana juga dimeriahkan dgn kehadiran jemaah surau dan jiran tetangga yg terdekat. 

Buat Mohammad Waiz moga majlis ini memberikan seribu satu rahmat dan keberkatan buatmu sayang. Semoga Mohammad Waiz menjadi anak yang berbakti dan taat pada Allah, Rasul dan umi abi. Amalkan segala amalan yg dah umi abi didik sejak dari dalam kandungan umi lagi. Abi selalu berpesan pada Mohammad Waiz jangan tinggal solat dan selalu membaca Al-Quran. Ini bekalan buatmu nanti sayang. Umi dan abi hanya mampu mendoakan yang terbaik buatmu. Amalkan segala ajaran yang baik dan jauhkanlah segala kemungkaran.



kek waiz













Sunday, December 11, 2011

Waiz bergaya dgn jam Ayah Su




Waiz Mata Bulat





Hari Raya 2011 di D'Suasana MakTok dan AyahTok

Buat pertama kalinya umi sekeluarga beraya di D'Suasana Homestay milik Mak Tok dan Ayah Tok. Seronok rasanya buat kali pertama dapat beraya bersama Mohammad Waiz yg tersayang.

abi & umi

MakTok & AyahTok bersama cucu kesayangan


umi, waiz & abi

Ayah Ngah, Harraz & Mak Ngah

AyahTok & MakTok

D'Suasana Homestay

Seronok Waiz dapat outing

suka dia

anak umi buat ape tu

waiz cakap ape tu

anak umi tengok apa tu

macam2 waiz ni

Susu buat si manja umi

Stok susu

Aksi Mohammad Waiz

Aksi manja umi & abi

Comel hero kami ni

Suka sengeh

Ulangtahun Perkahwinan ke 2

Alhamdulillah YA ALLAH.Harini genap 2 tahun usia perkahwinan umi dan abi. Cepat sungguh masa berlalu, rasanya masih baru kami memadu kasih sebagai pasangan suami isteri. Umi bersyukur pada ALLAH kerana menciptakan abi utk umi. Seorang suami yang begitu memahami, penyayang dan bertanggungjawab. Paling penting sekali sbg guru agama yg banyak mendididk dan membimbing umi menjadi isteri yg solehah dan ibu yg penyayang. Umi tak dapat membayangkan jika umi terpaksa berjauhan dgn abi lagi. Sesungguhnya ALLAH mendengar suara hati umi utk berkahwin dgn seorang ustaz walaupun pada zahirnya umi tak layak. Umi hanya mampu berdoa dan akhirnya syukur yg teramat sangat akhirnya umi dikurniakan seorang ustaz. Terima kasih YA ALLAH, Engkau mendengar doa hambamu ini.

Umi bertuah kerana abi hadir dalam hidup umi dan membimbing umi dalam bidang agama dan itulah sebaik-baik pilihan suami yg umi idam-idamkan. Sesungguhnya tiada kata2 yg mampu umi ungkapkan utk meluahkan rasa kasih dan sayang pada suami umi tersayang MOHAMMAD KHALIL IBRAHIM.

Terima kasih sayang kerana hadir dalam hidupku. Semoga kita dapat sama2 membimbing putera hati kita MOHAMMAD WAIZ. Moga WAIZ menjadi anak yg soleh dan sentiasa mendoakan kita sebagai bekalan diakhirat sana.

Doa yg umi selalu amalkan setiap pagi:

YA ALLAH
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di ARASH
Berilah kekuatan dan keyakinan utk aku terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segalah tingkahlakunya
Sekiranya suamiku ini adam=lah bidadara untukku di JannahMu
Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawadduk atas segala perintahnya


Hanya padaMu YA ALLAH
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah segala harapan
Kerana aku pasrah dgn dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana kurang kesabaran menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu


YA ALLAH YA TUHANKU
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati
Isteri yg dikasihi
Isteri yg solehah
Isteri yg sentiasa di hati suaminya

Tuesday, December 6, 2011