Leelou Blogs

Thursday, August 11, 2011

Mahligai Impian Kami Sekeluarga

Alhamdulillah berkat rezeki yg dilimpahkan oleh ALLAH swt. Umi dan abi akhirnya berjaya memiliki sebuah mahligai impian kami di Taman Bandar Senawang. Sekurang-kurangnya mahligai ini boleh menjadi tempat berteduh kami sekeluarga. Suasa di kawasan perumahan ini menenangkan tambahan pula umah kami berdepan dgn surau. Meriah rasa. Umah ini dibeli umi tak mengandung lagi. Umah ini dibeli pada bulan ke2 usia perkahwinan kami.







Thursday, August 4, 2011

Mesin bermakna buat umi

Perkakasan umi...
Terima kasih kepada abi kerana sudi membelikan Spectra 3 yg amat berguna buat umi. Alhamdulillah alat ini dibeli pada hari ke3 kelahiran permata hati umi dan abi. Abi membelinya di Bangi outlet susuibu.com Masa mengandung umi dah tunjukkan kedai tu pada abi dan umi dah beritahu kalau umi dah bersalin nanti abi belikan spectra utk umi kat sini yer.

Bukan umi taknak beli awal2 saja nak tgk pengeluaran susu mcmmana. Alhamdulillah susu umi memberangsangkan. Umi mmg berazam nak menyusukan permata hati umi sepenuhnya. Sampai kini umi masih menyusukan anak umi. Moga ALlah permudahkan urusan umi dan diperbanyakkan susu umi. Umi harap dapat menyusukan anak umi sampai umur 2thn. Trma kasih kpd Spectra 3 yg banyak membantu umi dan menjimatkan masa memerah susu.

Potret wajah kesayangan umi dan abi

Abi bersama mujahid tersayang

Gaya anak umi dr dalam perut lagi

Lenanya tido...

Sayang anak umi..:)

Sayang jgn nangis yer

Tuesday, August 2, 2011

Suasana di bilik bersalin selepas kelahiran mujahid umi dan abi

Mujahid umi beberapa saat selepas dilahirkan

Mujahid umi telah dibersihkan

Senyum sayang...

Tomei anak umi dgn abi ni...

Terima kasih abi krn menemani umi

Umi lihat anak umi dari kejauhan


Add caption




Bilik umi di Az Zahra



Monday, August 1, 2011

Pengalaman Bersalin Part 2

Nurse check jalan umi bru terbuka 3cm. Nurse memberitahu kalau dah 8cm baru kita akan bawa masuk ke labour room  dan call Dr. Fazlina Hanum Mohd Ali (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan) utk datang ke hospital. Umi kuatkan semangat umi utk terus berjuang. Abi pesan pada umi "Umi kena kuat demi utk anak". Hanya umi mampu berisghtifar ingatkan Allah. Selepas nurse memeriksa umi, umi ke toilet dan dapati ada sikit darah turun. Umi rasa sakit nyer makin kerap dan umi hanya mengenggam tangan abi. Mak dan ayah sentiasa menanti umi di bilik. Beberapa minit selepas itu, sepupu umi Kak Yu datang melawat tapi umi tak dapat melayan Kak Yu kerana menahan kesakitan yg amat sangat. Tepat pukul 6 umi memberitahu abi yg umi nak solat Asar. Abi memapah umi ke toilet utk berwudhu.

Alhamdulillah umi dapat menunaikan solat walaupun dalam keadaan menahan kesakitan yg teramat sangat. Walaupun umi mengambil masa kira2 20 minit utk solat umi gagahkan juga utk solat dan bermohon moga ALLAH beri umi kekuatan dan kesabaran. Umi berbaring semula diatas katil dan tiba2 umi rasa air ketuban umi pecah dan abi dgn kelam kabut memanggil nurse dan nurse memberitahu air ketuban dah pecah. Umi menyalin pakaian hospital yg baru dan umi dapat merasakan kekerapan sakit itu datang. Tepat pukul 7mlm nurse memberikan suntikan ubat tahan sakit. Tp bagi umi injection tu tak memberikan apa2 kesan malah
bertambah sakit umi rasa.

Dalam pukul 8.15 nurse datang memeriksa bukaan jalan umi baru 5cm. Umi mengalir airmata memberitahu abi yang umi dah tak tahan. Abi mencium ubun2 umi dan membacakan ayat Al Quran bagi menenangkan umi. Mak dan ayah masih setia menemani umi dan menyapu ubat di perut umi utk melegakan umi. Pada pukul 10 mlm nurse dtg memeriksa dan bukaan jalan dah terbuka 6cm. Umi ditolak ke labour room. Abi sempat menyarungkan tudung pada umi. Umi lihat ayah dan mak masih menanti diluar labour room dan abi masih disisi umi. Mata umi rasa berat sgt kena injection tadi.Tp sakit masih terasa. Abi memberitahu umi yg abi nak kuar ke depan sebentar, umi pesan pada abi jgn lama2 umi takut. Abi kata "Sekejap jer abang keluar yer sayang jgn risau". Jalan umi baru terbuka 7 cm umi kena terus menanti sampai jalan umi terbuka 10cm. Hanya ALLAH jer yg tahu betapa sejuknya suhu dalam labour room ni.

Umi tertido dan sedar2 dah pukul 11.30 umi terpaksa menunggu. Hanya alunan zikrullah yg umi dgr dalam labour room. Tenangnya umi rasa walaupun sakit masih terasa. Pada pukul 12.00 abi memberitahu abah, ma, kak long dan abg nik datang. Semua tunggu diluar bersama mak dan ayah. Umi memberitahu abi yg umi mak jupe mak, abi terus memanggil mak. Dgn nada sayu umi berkata "Wana sakit mak, sakit sangat. Tolong doakan Wana yer mak. Ampunkan segala dosa Wana dan halalkan makan minum Wana". Mak hampir menitiskan airmata. Umi tahu mak tak sanggup tgk keadaan umi. Umi kata pada mak umi nak jupe ayah. Ayah masuk dan umi mohon maaf dan minta halalkan segala.

Umi kata pada ayah umi nak jupe Ma. Ma masuk dan umi meminta doakan umi selamat melahirkan. Kemudian Kak Long masuk dan melihat keadan umi kak long minta umi bersabar hanya linangan airmata yg jatuh dipipi umi. Terasa sayu dan sakit teramat sgt. Kak Long sempat menyarungkan stokin katanya sejuk dalam bilik ni. Selepas Kak Long kuar abi masuk menemani umi sampai tertido abi disebelah umi.

Tepat pukul 1, nurse mempersiapkan segala peralatan disisi umi dan membertulkan posisi umi. Kaki umi di
strapkan dikaki katil dan umi diminta memegang pemegang tangan utk mengengam. Nurse memeriksa bukaan umi dah terbuka 10cm. Ayat kursi umi baca utk menjadi penguat semangat umi. Umi dah lihat kelibat Dr Fazlina masuk dgn senyuman dan berkata "Sabar yer Wana kuatkan semangat doktor hanya membantu proses Wana bersalin. Segalanya kita berserah pada ALLAH moga dipermudahkan" Nurse ada 2 org sorang membantu doktor dan sorang lagi bersiap sedia membantu apa yg perlu. Nurse menekan2 perut umi dan katanya bukaan dah terbuka sepenuhnya kalau tak sakit tarik nafas dalam2 dan lepaskan sekuat hati.

Proses kelahirana akan bermula, Umi tarik nafas dalam2 dan umi lepaskan sekuat hati alahmdulillah proses
permulaan meneran bagus kata doktor. Dr Fazlina meminta umi meneran lagi, umi meneran 2 kali dan dktr
memberitahu teruskan meneran baby dah nmpk. Abi insan yg paling risau abi dalam labour room tu segera meminta umi meneran dan abi kata rambut baby dah nampak umi jgn putus asa. Umi meneran kali ke4 alhamdulillah kepala baby dah kuar. Abi mengusap ubun-ubun umi memberi semangat. Dr meminta umi jgn berhenti hanya tinggal nak mengeluar bahu dan seluruh badan baby. Umi terus meneran sebanyak 2 kali
akhirnya lahirlah seorang mujahid umi dan abi setelah hampir setengan jam umi bertarung nya. Nurse terus
memberikan salam pada anak umi dan meletakkan baby di atas dada umi. Abi kata tgkla anak kita. ALHAMDULILLAH

YA ALLAH kalimah pertama yg mampu umi ucapkan.Tepat pukul 2.09 pagi Jumaat 17/12/2010 lahirlah permata hati umi dan abi.Umi merenung mata baby, redup matanya. Syukur YA ALLAH akhirnya lahirlah zuriat pengikat kasih sayang kami berdua. Masa itu hanya air mata mengalir tanda kegembiraan dan kesyukuran di atas nikmat yg diberikan.Nurse mengambil baby dari dada umi dan dibersihkan. Akhirnya terdengar tangisan baby setelah nurse menyedut air ketuban yg baby tertelan. Umi memandang dari jauh.

Abi disisi baby melihat bagaimana proses nurse membersihkan buah hati kami. Setelah itu, abi mengazankan mujahid umi ini dan abi meletakkan baby diatas pangkuan umi. YA ALLAH tak dapat umi gambarkan perasaan umi ketika itu. Mungkin inilah yg dirasakan oleh mak semasa melahirkan umi. Abi mengucup dahi umi dan mengucapkan "Terima kasih sayang". Sayu ner umi rasa. Terpancar kegembiraan diwajah abi.
Buat mak terima kasih atas pengorbanan mak melahirkan umi. Umi dapat merasai bagaimana seksanya menahan kesakitan dan betapa bahagia melihat zuriat sendiri. Setelah proses pembersihan umi selesai, umi dibawa ke bilik umi. Mak dan ayah masih setia menanti diluar. Mak dan ayah gembira sungguh umi tgk.

 
Ya ALLAH pengalaman yg bermakna ini akan umi sangat sampai bila. Umi sempat mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga buat Dr Fazlina. Dr Fazlina mengucapkan tahniah pada umi dan abi. Umi sempat bersalaman dgnnya. Bermulalah episod baru dalam kehidupan umi dan abi dgn kehadiran insan yg diberi nama MOHAMMAD WAIZ yang bermaksud penasihat atau mubaligh.

Umi memesan pada nurse supaya beri umi menyusu badan dan jgn diberi sus formula lagi. Gembiranya hati umi dapat menyusukan buah hati umi.