Leelou Blogs

Thursday, July 28, 2011

Pengalaman Bersalin Part I

Malam tadi umi mmg takleh tido sbb anak sedara umi Harraz tak nak tdo. Haraaz baru berusia 2 hari. Jadi umi dan mak bergilir-gilir menjaga Harraz. Sampai pukul 4 pagi umi tak tdo. Pukul 4.30 pagi umi dah rasa sakit2 kat perut rasa macam nak buang air besar. Pastu umi sambung nak tido tapi tak lena. Kemudian pada pukul 5.45 umi bangun mandi nak g keje tapi perut masih rasa sakit. Umi g toilet ingatkan nak buang air besar tapi rasanya bukan nak buang air besar. Mak umi kata tak payahla g keje trus g klinik. Umi kata nantila boleh tahan lagi. Kemudian umi terus telefon abi tapi abi tak angkat. Umipun call member sebilik abi tak angkat jgk. Umi cuba pulak call kawan baik abi tak angkat.

Umi pun mesej jer kawan2 abi bgtau yg umi minta balik segera. Pukul 7.00 abi call dan bgtau abi akan pulang umah mak segera. Umi tunggu pukul 7.30 pagi abis sampai. Abi trus meluru ke bilik tengok umi. Umi kata sakit tapi umi masih boleh bertahan lagi. Umi pun berehat atas katil dan sesekali datang rasa sakit. Mula2 sakit tak kerap sangat setiap 20minit sakit datang. Mak pesan pada umi makan apa2 yg patut buat alas perut takut ini tanda nak bersalin. Umi makan kek karot dan minum air zam-zam.

Pagi tu mak dgn ayah pun tak g keje risaukan keadaan umi. Kemudian abi menyiapkan apa yg patut masuk dalam kete. Mak kata kalau tak tahan sangat terus ke hospital tapi umi kata masih boleh bertahan lagi. Tepat pukul 11.30 umi dan abi bergerak ke Az Zahra memang umi dah bercadang nak bersalin di Pusat Rawatan Islam Az Zahra. Hanya perkataan Allah meniti di bibir umi sepanjang perjalanan ke hospital. Sesudah sampai di hospital nurse mengarahkan umi masuk bejupe dktr biasa dulu kemudian umi diminta naik ke tingkat 3. Di tingkat 3 umi dimasukkan dalam satu bilik dimana nurse memberitahu sebentar lagi bidan akan sampai utk memeriksa bukaan jalan umi.

Sebelum itu bidan melakukan CTG untuk memeriksa keaktifan bayi. Kemudian sebelum bidan memeriksa bukaan jalan umi sempat bertanya "Sakit tak?". Itu yg terpacul dimulut umi. Bidan tu baik, katanya tenang jgn stress insyaALLAH tak rasa sakit sangat. Tapi ALLAH jer yg tahu perasaan masa tu memang sakit sangat. Hanya airmata bergenang menahan kesakitan. umi memandang umi dan memegangan genggaman tangan umi memberi kekuatan. Tepat pukul 1.30 umi meminta utk melakukan solat di bilik itu walaupun memang umi dah tak larat menahan sakit. Umi kuatkan semangat mengambil wudhu dan solat sambil duduk. Umi hanya mampu berdoa semoga diberi kekuatan pada umi utk menahan rasa sakit yg tidak terhingga ini.

Bidan mengesahkan bukaan umi baru 1cm mungkin mengambil masa lebih kurang 8 hingga 9 jam utk bersalin dan bidan memberikan pilihan samada umi nak balik dulu atau nak teri=us masuk wad. Umi kata umi tak tahan nak masuk wad terus. Bidan mengesyorkan supaya umi gi makan dan berjalan utk memudahkan bukaan terbuka. Kemudian umi turun bahagain pendaftaran uk menempah bilik. Abi menguruskan urusan utk kemasukan ke hospital dan umi menunggu dgn menahan kesakitan. Kemudian umi berjupe dgn mak dan ayah. Kami bercadang utk makan.

Umi memberitahu abi umi teringin nak mkn chicken chop jadi kami terus ke JM Beriani bersama mak ayah. Tapi sepanjang di JM Beriani umi tak lalu nak makan hanya menjamah sedikit sahaj chicken chop bersama frsh orange. Air mata umi mengalir menahan kesakitan. Umi perasan ada ekor mata yg memandang umi. Biarla umi dah tak tahan menganggung. Selesai makan kami semua terus ke Az Zahra semula tapi umi dah betul2 tak larat nak berjalan umi terpaksa naik wheelchair kerana umi dah tak larat nak melangkah. Sesampai di Az Zahra umi dan abi terus ke tingkat 3 ke bilik Iman bersama mak dan ayah. umi menukar baju hospital. Umi melihat jam baru pukul 4.00 petang. Pukul 5.30 nurse datang semula memeriksa jalan umi baru terbuka 3cm.

No comments:

Post a Comment