Leelou Blogs

Wednesday, July 20, 2011

Syukur nikmat rezeki yg diberikan

 Alhamdulillah rezeki umi, abi dan bby bertambah lagi. YA ALLAH terima kasih atas limpahan rezeki yang Kau berikan pada kami sekeluarga dan bayi yg bakal lahir ini. Abi menerima surat kenaikan pangkat..Alhamdulillah abi dah berjaya melepasi fasa Assessment pertama kemudian berjaya plk utk sesi
interview. Tahniah sayang.Abi memang hebat. Setiap waktu umi berdoa pada yg Maha Esa moga dipermudahkan segala urusan insan yg umi sayang.

Abi bakal melaporkan diri di ILIM pada 1/11/2011 dan akan berkursus selama 6 bulan di sana. Dalam keadaan umi yg sedang sarat mengandung ni macam-macam perasaan yg bermain di fikiran. Salah satunya perasaan takut nak bersalin tanpa suami disisi. "YA ALLAH berikanlah kesempatan utk suamiku menemaniku saat aku berdepan dgn kesakitan melahirkan zuriat yg menjadi penyambung dan pengikat kasih sayang kami".

Abi sentiasa memberikan kata semangat moga abi sempat bersama umi semasa proses kelahiran nanti. Dalam hati umi berkata "Cepatlah masa berlalu. Umi nak tinggal bersama dgn abi taknak berjauhan lg". Umi ada masa 2 minggu lagi sebelum abi melangkah ke ILIM. Walaupun dekat jaraknya ke umah mak tp umi tak dapat sembunyikan perasaan bimbang menantikan saat kelahiran.

Abi dan umi juga berbincang mulai bln 10, umi mula mendaftar di Pusat Perubatan Islam Az Zahraa untuk check up bby. Kami sepakat utk memilih Pusat Perubatan Islam Az Zahraa berdasarkan cerita dan latarbelakang hospital yg lebih Islamik. 1st check up kat Az Zahra, umi buat appointment dgn dktr biasa dulu umi tak ingat nama doktor tu. Masa tu kandungan umi dalam 6 bulan nak masuk 7. Kemudian dktr tu tanya umi nak refer dktr pakar mane. Umi kata umi tak kisah mane2 pun. Dktr tu refer umi pn dktr pakar sakit puan Dr Fazlina. Masa ni dktr yg merawat memberitahu bby umi sihat dan berat badanya dah 2.4 ada peluang utk naik lg..

Alhamdulillah doktor jgk memberitahu kemungkinan ibu mengandungkan seorang mujahid..Alhamdulillah syukur padaMu YA ALLAH.

No comments:

Post a Comment