Leelou Blogs

Wednesday, July 20, 2011

24 April 2010 (Sabtu)

Pada tarikh keramat ini betul mengejutkan umi kerana pada tarikh pada awal pagi umi dah bgtau abi nak buat check up sebab umi rasa lain mcm sbb period umi dtg sekejap jer semalam. Period umi hanya datang dalam waktu Zohor ke Asar pastu terus takde. Dalam perjalanan ke Klinik Malaysia umi dah setkan dalam mind jgn terlalu mengharap bkn apa takut umi kecewa. Abi cuba tenangkan umi. Sampai sahaja di klinik nurse minta umi buat urine test. Setelah urine di test umi masuk bilik jupe doktor. Dengan wajah penuh bermakna doktor memberitahu "Tahniah awak dah mengandung dan bakal bergelar ibu".

Umi terus berlari dapatkan abi dan minta abi masuk ke dalam bilik doktor. Air mata umi bergenang terkejut dan terharu dgn pemberian yg paling berharga dalam hidup kami berdua. Doktor menasihatkan umi menjaga pemakanan dan sentiasa buat pemeriksaan kesihatan. Doktor mengesahkan umi dah mengandung 3 minggu nak masuk 4 minggu. Selepas keluar dari bilik doktor air mata umi bercucuran mengalir sebak rasa dada krn akhirnya ALLAH makbulkan doa umi dan abi. Selepas nurse memberikan ubat umi kuar menuju ke kereta dgn tangisan yg makin sebak Abi memeluk umi dgn erat dan mengucup dahi umi. Abi menenangkan umi dan berkata "Hadiah istimewa buat kita sayang".

Selepas tu umi terus menelefon mak dan ayah bgtau berita gembira ni. Kemudian disusuli dgn ma dan abah kemudian mawar dan ewan. Mawar adik iparku apalagi menjerit terkejut mendengar perkhabaran gembira ini. Ku perhatikan wajah suami ku yg tersayang tergambar wajah kegembiraan yg membahagiakan. Umi tahu abi dah lama menunggu saat utk bergelar seorang abi. Ini hadiah buatmu suamiku tersayang.

Setelah itu kami ke kedai makan nasi ayam yang abi kata sedap. Umi makan tapi tak berselera entah kenapa. Perasaan tgh bercampur baur rasanya. Selepas itu kami menuju ke rumah abah dan ma. Abah dan ma menyambut ku dengan senyuman melirik. Gembira rasanya hatiku ini.

Abi memandangku dgn penuh makna..Umi tahu abi gembira sgt dgn perkabaran ini. Hari ini ku rasakan bermakna buat umi dan abi...

No comments:

Post a Comment