Leelou Blogs

Thursday, July 28, 2011

14/7/2010

Pagi 14/7/2010 pukul 3.30 pagi umi dan mak dikejutkan dgn panggilan telefon drpd ewan adik umi mengatakan mawar isterinya dah turun darah. Kami terkejut bercampur risau krn ewan bagitau mula2 dia Hospital Putrajaya tapi ditolak dan kemudian ke Hospital Serdang tapi ditolak juga.

Dalam hatiku hanya Tuhan sahaja yg tahu betapa berdebar dan risaunya. Pukul 7 pagi ewan maklumkan pada kami yg dia selamat tiba di HUKM. Pada pukul 10.00 pagi kami terus bergegas ke sana. Akhirnya setelah sekian lama menunggu tepat pukul 3.10 petang Mawar selamat melahirkan seorang putera dgn seberat 2.56kg yg diberi nama Wan Thaqif Harraz. Tahniah buat Mummy dan Babah Harraz. Akhirnya mak dan ayah bergelar Mak Tok dan Tok Ayah.

Gambar Harraz atau panggilan manja Mummy nyer Ayash














No comments:

Post a Comment