Leelou Blogs

Wednesday, January 11, 2012

Bahan Pembelajaran Mohammad Waiz

Alhamdulillah hari ini Mohammad Waiz genap 1tahun 3minggu. Sungguh cepat masa berlalu tanpa umi dan abi sedari anak kami dah membesar dengan cepat. Moga Mohammad Waiz menjadi anak yang berguna pada agama dan kedua ibu bapa. Tiada harta yang paling berharga buat umi dan abi melainkan dapat mendidik Mohammad Waiz menjadi anak yang soleh dan taat pada suruhan ALLAH.

Umi dan abi mula merencanakan pelbagai perancangan untuk proses pembelajaran Mohammad Waiz. Umi dan abi bersyukur Mohammad Waiz mula meniru gaya kami bersolat. Umi dan abi akan pastikan Mohammad Waiz sentiasa disisi kami setiap kali kami bersolat. Abi dan umi juga akan pastikan setiap malam Mohammad Waiz bersama dgn umi dan abi utk membaca Al-Quran.Alhamdulillah Mohammad Waiz boleh menerima ajaran kami. Mohammad Waiz dah pandai meniru gaya kami bersolat dan mengaji.

Setiapkali sebelum masuk ke rumah abi akan mengazankan dan sambil mendukung Mohammad Waiz. Setiapkali Magrib dan Isyak jgk abi akan azan bersama Mohammad Waiz. Bila abi mula azan terdengarlah suara si anak comel Mohammad Waiz mengikut alunan azan abi dgn caranya tersendiri. Sungguh unik ciptaanMu Ya ALLAH. Tiada harta yang lebih berharga buat umi dan abi melainkan anak yang soleh dan dapat mendoakan umi dan abi sekiranya kami tiada di dunia nanti.


Abi dan umi mula membelikan Mohammad Waiz bahan pembelajaran seawal usia Mohammad Waiz 8bulan. Umi dan abi membelikan laptop doa, surah pendek dan bahasa Arab. Umi juga membelikan buku mini Bahasa Jawi dan VCD Huruf Hijaiiyah untuk Mohammad Waiz. Tak ketinggalan buku ABC awalan untuk Waiz juga umi belikan. 



set dari islamicparenting yang umi & abi belikan


laptop doa

laptob bahasa arab dan huruf hijaiiyah


No comments:

Post a Comment