Leelou Blogs

Thursday, July 28, 2011

Pengalaman Bersalin Part I

Malam tadi umi mmg takleh tido sbb anak sedara umi Harraz tak nak tdo. Haraaz baru berusia 2 hari. Jadi umi dan mak bergilir-gilir menjaga Harraz. Sampai pukul 4 pagi umi tak tdo. Pukul 4.30 pagi umi dah rasa sakit2 kat perut rasa macam nak buang air besar. Pastu umi sambung nak tido tapi tak lena. Kemudian pada pukul 5.45 umi bangun mandi nak g keje tapi perut masih rasa sakit. Umi g toilet ingatkan nak buang air besar tapi rasanya bukan nak buang air besar. Mak umi kata tak payahla g keje trus g klinik. Umi kata nantila boleh tahan lagi. Kemudian umi terus telefon abi tapi abi tak angkat. Umipun call member sebilik abi tak angkat jgk. Umi cuba pulak call kawan baik abi tak angkat.

Umi pun mesej jer kawan2 abi bgtau yg umi minta balik segera. Pukul 7.00 abi call dan bgtau abi akan pulang umah mak segera. Umi tunggu pukul 7.30 pagi abis sampai. Abi trus meluru ke bilik tengok umi. Umi kata sakit tapi umi masih boleh bertahan lagi. Umi pun berehat atas katil dan sesekali datang rasa sakit. Mula2 sakit tak kerap sangat setiap 20minit sakit datang. Mak pesan pada umi makan apa2 yg patut buat alas perut takut ini tanda nak bersalin. Umi makan kek karot dan minum air zam-zam.

Pagi tu mak dgn ayah pun tak g keje risaukan keadaan umi. Kemudian abi menyiapkan apa yg patut masuk dalam kete. Mak kata kalau tak tahan sangat terus ke hospital tapi umi kata masih boleh bertahan lagi. Tepat pukul 11.30 umi dan abi bergerak ke Az Zahra memang umi dah bercadang nak bersalin di Pusat Rawatan Islam Az Zahra. Hanya perkataan Allah meniti di bibir umi sepanjang perjalanan ke hospital. Sesudah sampai di hospital nurse mengarahkan umi masuk bejupe dktr biasa dulu kemudian umi diminta naik ke tingkat 3. Di tingkat 3 umi dimasukkan dalam satu bilik dimana nurse memberitahu sebentar lagi bidan akan sampai utk memeriksa bukaan jalan umi.

Sebelum itu bidan melakukan CTG untuk memeriksa keaktifan bayi. Kemudian sebelum bidan memeriksa bukaan jalan umi sempat bertanya "Sakit tak?". Itu yg terpacul dimulut umi. Bidan tu baik, katanya tenang jgn stress insyaALLAH tak rasa sakit sangat. Tapi ALLAH jer yg tahu perasaan masa tu memang sakit sangat. Hanya airmata bergenang menahan kesakitan. umi memandang umi dan memegangan genggaman tangan umi memberi kekuatan. Tepat pukul 1.30 umi meminta utk melakukan solat di bilik itu walaupun memang umi dah tak larat menahan sakit. Umi kuatkan semangat mengambil wudhu dan solat sambil duduk. Umi hanya mampu berdoa semoga diberi kekuatan pada umi utk menahan rasa sakit yg tidak terhingga ini.

Bidan mengesahkan bukaan umi baru 1cm mungkin mengambil masa lebih kurang 8 hingga 9 jam utk bersalin dan bidan memberikan pilihan samada umi nak balik dulu atau nak teri=us masuk wad. Umi kata umi tak tahan nak masuk wad terus. Bidan mengesyorkan supaya umi gi makan dan berjalan utk memudahkan bukaan terbuka. Kemudian umi turun bahagain pendaftaran uk menempah bilik. Abi menguruskan urusan utk kemasukan ke hospital dan umi menunggu dgn menahan kesakitan. Kemudian umi berjupe dgn mak dan ayah. Kami bercadang utk makan.

Umi memberitahu abi umi teringin nak mkn chicken chop jadi kami terus ke JM Beriani bersama mak ayah. Tapi sepanjang di JM Beriani umi tak lalu nak makan hanya menjamah sedikit sahaj chicken chop bersama frsh orange. Air mata umi mengalir menahan kesakitan. Umi perasan ada ekor mata yg memandang umi. Biarla umi dah tak tahan menganggung. Selesai makan kami semua terus ke Az Zahra semula tapi umi dah betul2 tak larat nak berjalan umi terpaksa naik wheelchair kerana umi dah tak larat nak melangkah. Sesampai di Az Zahra umi dan abi terus ke tingkat 3 ke bilik Iman bersama mak dan ayah. umi menukar baju hospital. Umi melihat jam baru pukul 4.00 petang. Pukul 5.30 nurse datang semula memeriksa jalan umi baru terbuka 3cm.

Doa yang baik utk diamalkan

"Allahumma baarik haazal walad...min awwali yau akhiri dahri".. baca berulang-ulang kali dan tiup di ubun-ubunnya...bermaksud.. " Ya Allah ya tuhanku, berkatilah anak ini dari awal sehingga ke akhir kehidupannya..."

14/7/2010

Pagi 14/7/2010 pukul 3.30 pagi umi dan mak dikejutkan dgn panggilan telefon drpd ewan adik umi mengatakan mawar isterinya dah turun darah. Kami terkejut bercampur risau krn ewan bagitau mula2 dia Hospital Putrajaya tapi ditolak dan kemudian ke Hospital Serdang tapi ditolak juga.

Dalam hatiku hanya Tuhan sahaja yg tahu betapa berdebar dan risaunya. Pukul 7 pagi ewan maklumkan pada kami yg dia selamat tiba di HUKM. Pada pukul 10.00 pagi kami terus bergegas ke sana. Akhirnya setelah sekian lama menunggu tepat pukul 3.10 petang Mawar selamat melahirkan seorang putera dgn seberat 2.56kg yg diberi nama Wan Thaqif Harraz. Tahniah buat Mummy dan Babah Harraz. Akhirnya mak dan ayah bergelar Mak Tok dan Tok Ayah.

Gambar Harraz atau panggilan manja Mummy nyer Ayash














Selamat Hari Lahir Umi

17/7/2010 Buat kali pertamanya umi menyambut hari lahir dalam keadaan berbadan 2 mengandungkan mujahid umi dan abi yg tersayang. Alhamdulillah umi rasa sungguh bermakna dan kehidupan umi di bumi ALLAH ni makin lengkap dgn kehadiran bakal zuriat pengikat kasih sayang kami.

Hari lahir umi jatuh pada hari Sabtu jadi umi ada bersama dgn abi. Malam tu abi belanja umi makan di Village View Bangi. Umi menantikan sesuatu yg suprise dr abi tp takde pun. Tp sekurang-kurangnya abi dah belanja umi makan. "Terima kasih sayang".Umi hepi..hihihi..


Kad ucapan abi utk umi

Umi suka sangat..:)

Ucapan dari abi utk umi...Terharu sgt..

Sejambak bunga utk umi


19/7/2010 umi ke tempat keje macam biasa. Pagi2 dah ada org call kata nak hantar brg di opis. Umi kata okla. Tetiba umi terima sejambak bunga dan kad ucapan hari jadi. Umi hampir menitiskan air mata. Rupanya pemberian dari abi. Umi betul2 speechless. This is really a big suprise to me something that I never expected.


Tq mak..kek yg sgt sedap

Mak pun menghadiah sebiji kek carrot cheese kegemaran umi. Terima kasih Mak krn mengahadiah kek ini buat anakmu yg tersayang. Love u mak. You're the greatest Mum in the world. Thank you for always be with me.

Doa dari hambaMu Ya ALLAH

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.









 

Selamat Hari Jadi Abg yg ke 26 thn

Selamat hari lahir sayang yg ke 26. Moga Allah merahmati dan melindungi buah hati kesayangan umi ni. Umio dok berkira2 nak bagi hadiah apa nyer...Akhirnya umi dan mak terpikir kan hadiah utk abi..Kami terus ke JJ Cheras dan membelikan sehelai kemeja utk abi. Mak pun belikan juga sehelai kemej autk abi. Umi belikan kemeja purple utk abi. Abikan suka warna purple. Alhamdulillah abi suka dgn pemberian umi dan mak.

Wednesday, July 20, 2011

Gambar kenangan masa mengandung

Senyum umi senyum



Umi berposing dgn member opismate

Ibu mengandung lepas beraya kat opis
Bakal umi

Dr Fazlina Pakar Sakit Puan

Alhamdulillah umi dah jupe Dr Fazlina baik orgnya, lemah lembut. Umi terasa mesra bersama dgn Dr Fazlina.
Umi check up kali kedua dgn Dr Fazlina. Alhamdulillah mujahid umi dah 3.00kg. Dktr kata ada kemungkinan naik lg. Dktr menasihatkan andai ada rasa sakit terus dtg ke hospital. Sbb mulai sekarang umi dah kena bersiap sedia. Umi memandang abi dgn tatapan penuh pengharapan moga abi menemani umi nanti. Dktr memaklumkan keadaan mujadih umi baik dan membesar dgn cepat.

Dalam hati umi berdoa "YA ALLAH anugerahkanlah anak ini kesihatan yg sempurba, berakal dan bijaksana, alim dan beramal. Moga menjadi insan yg berguna seperti abinya nanti dan menjadi ustaz kebanggaan umi dan umat Islam". Balik dr hospital umi dan abi berbincang lg ttg nama yg bakal diletakkan buat mujahid umi yg tersayang. Umi dah ada beberapa nama cuma masih berbincang utk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat dr abi. Abi dah pesan pada umi yg penting nama anak kita tu mudah dan membawa maksud yg baik. Umipun bersetuju dgn kata-kata abi.

Syukur nikmat rezeki yg diberikan

 Alhamdulillah rezeki umi, abi dan bby bertambah lagi. YA ALLAH terima kasih atas limpahan rezeki yang Kau berikan pada kami sekeluarga dan bayi yg bakal lahir ini. Abi menerima surat kenaikan pangkat..Alhamdulillah abi dah berjaya melepasi fasa Assessment pertama kemudian berjaya plk utk sesi
interview. Tahniah sayang.Abi memang hebat. Setiap waktu umi berdoa pada yg Maha Esa moga dipermudahkan segala urusan insan yg umi sayang.

Abi bakal melaporkan diri di ILIM pada 1/11/2011 dan akan berkursus selama 6 bulan di sana. Dalam keadaan umi yg sedang sarat mengandung ni macam-macam perasaan yg bermain di fikiran. Salah satunya perasaan takut nak bersalin tanpa suami disisi. "YA ALLAH berikanlah kesempatan utk suamiku menemaniku saat aku berdepan dgn kesakitan melahirkan zuriat yg menjadi penyambung dan pengikat kasih sayang kami".

Abi sentiasa memberikan kata semangat moga abi sempat bersama umi semasa proses kelahiran nanti. Dalam hati umi berkata "Cepatlah masa berlalu. Umi nak tinggal bersama dgn abi taknak berjauhan lg". Umi ada masa 2 minggu lagi sebelum abi melangkah ke ILIM. Walaupun dekat jaraknya ke umah mak tp umi tak dapat sembunyikan perasaan bimbang menantikan saat kelahiran.

Abi dan umi juga berbincang mulai bln 10, umi mula mendaftar di Pusat Perubatan Islam Az Zahraa untuk check up bby. Kami sepakat utk memilih Pusat Perubatan Islam Az Zahraa berdasarkan cerita dan latarbelakang hospital yg lebih Islamik. 1st check up kat Az Zahra, umi buat appointment dgn dktr biasa dulu umi tak ingat nama doktor tu. Masa tu kandungan umi dalam 6 bulan nak masuk 7. Kemudian dktr tu tanya umi nak refer dktr pakar mane. Umi kata umi tak kisah mane2 pun. Dktr tu refer umi pn dktr pakar sakit puan Dr Fazlina. Masa ni dktr yg merawat memberitahu bby umi sihat dan berat badanya dah 2.4 ada peluang utk naik lg..

Alhamdulillah doktor jgk memberitahu kemungkinan ibu mengandungkan seorang mujahid..Alhamdulillah syukur padaMu YA ALLAH.

1st check up

Untuk pemeriksaan pertama 3 bulan kandungan, umi dan abi berbincang pilihan hospital utk umi buat check up. KPJ, KPMC adalah antara hospital yg ada dalam pilihan umi. Setelah berbincang dgn abi, kami bersetuju utk membuat check up yg pertama di Kajang Plaza Medical Center(KPMC). Pada hari pertama nurse meminta utk umi memilih doktor pakar yg hendak dirujuk umi dan abi sepakat memilih Dr Mimi Suraya.

Mmg doktor wanita Islam yg abi sarankan utk umi pilih. 1st check up Alhamdulillah bby ok dan takde masalah. Dr Mimi memberikan umi obimin utk umi maka sepanjang hari. Semuanya berjalan lancar. Doa umi setiap hari buat bby kesayangan umi

"YA ALLAH,
Peliharalah anakku selama ia berada dlm kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkau yg menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawarMu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit.


YA ALLAH,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yg sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepadaMU dan kepada Rasulmu.


YA ALLAH,
Zahirkanlah dia ke dunia dgn mudah dan selamat.

YA ALLAH
SesungguhNya umi amat menyayangi Abui dan anak yg bakal lahir ini"

Amin ya rabbal amin..

Bermulalah perhubungan jarak jauh

27/4/2010 bermula harini umi dan abi terpaksa berpisah buat sementara waktu. Hanya hujung minggu jer kami dapat bersua muka atas kekangan yg tidak dapat dielakkan. Memandangkan kos ulang alik Seremban dgn keta amat tinggi umi terpaksa merelakan dan bersetuju dgn abi utk berjumpa hanya di hujung minggu shj. Ya Allah kuatkan dan tabahkan hatiku utk berpisah buat sementara waktu dgn insan yg umi sayang.Pagi ini hanya air mata yg mengalir mengiringi pemergian abi ke tempat keje. Pesanan abi yg masih umi ingat: "Jaga diri sayang baik2, jgn pikir byk sgt tak baik utk kesihatan. Kita akan jupe hujung mgu ni yer sayang". Bermula haritu pertemuan kami hanya pada ujung mgu shj..


Kesian umi kenangkan abi terpaksa berjauhan dgn umi. Makan sorang2 takde teman. Hanya doa yg mampu umi panjatkan moga perhubungan jarak jauh ni hanya sementara shj. Hanya ALLAH jer yg tahu bagaimana rasa merindui suami tersayang. Sebelum tido wajah abi sentiasa bermain dalam pikiran umi. Terima kasih abi krn begitu mengambil berat keadaan umi walaupun kita terpaksa berjauhan. Moga ALLAH memberikan kekuatan buat umi dan abi. Setiap minggu sentiasa umi nantika utk berjupe dgn abi. Bayi umi yg sentiasa menjadi teman dikala umi rindukan abi. Terima kasih sayang walaupun baby tak mengerti sekurang-kurangnya baby ada dikala umi kesunyian..

Umah sewa Taman Kobena

Akhirnya umi dan abi berpindah dgn rasa berat hati krn umi sgt sayangkan umah sewa ni. Trma kasih Kak Jaja krn sudi menyewakan rumahh yg selesa pada kami berdua. Kami sukakan umah ni dan selesa sepanjang tinggal di rumah ni. Umah sewa Kak Jaja ni ada 3 bilik dan dapur dah di renovate jadi amat besar dan selesa.

Sebelum kami masuk Kak Jaja dan suami bertungkus lumus mengecat dan mengubahsuai umah untuk kieselesaan kami. Kak jaja dah berjanji yg akan mempersiapkan rumah dan kata "Korang jangan risau akak akan cantikkan umah ni". Terima kasih Kak Jaja yer. Harga sewanya pun amat berbaloi hanya RM350 jer sebulan. Mana nak cari dgn umah yg catik dan selesa harga plk berpatutan..
Memang berbaloi. Selamat tinggal umah yg cantikkk...huhuuhuhu.. Kak Jaja kami syg umah ni...

Perkembangan bayi umi dan abi

Alhamdulillah pembesaran anak umi stabil dan sepanjang umi mengandungkan mujahid umi ni tiada sebarang alahan yg umi alami. cuma kadang2 waktu pagi rasa tekak tak sedap. Makanan kegemaran umi semasa mengandung adalah sup. Umi tak larat nak mkn lauk yg ada santan dan sebagainya. Rasa loya tekak ni. Abi adalah insan sabar yg melayan segala kerenah umi. Macam2 umi nak mkn..buah kurma, mata kucing, durian la..abi melayan jer kerenah umi ni...Thank you Abi for your kindness..I luv u so much forever and ever..Setelah tahu umi mengandung, abi dan umi sepakat utk dok KL dgn mak..bahaya kalu umi ulangalik dgn bas dalam keadaan mcmni. Jadi kamipun berpindah dari Taman Kobena(umah sewa) ke umah mak dan ayah. Jadi bermulalah perhubungan jarak jauh antara umi dgn abi tersayang..

24 April 2010 (Sabtu)

Pada tarikh keramat ini betul mengejutkan umi kerana pada tarikh pada awal pagi umi dah bgtau abi nak buat check up sebab umi rasa lain mcm sbb period umi dtg sekejap jer semalam. Period umi hanya datang dalam waktu Zohor ke Asar pastu terus takde. Dalam perjalanan ke Klinik Malaysia umi dah setkan dalam mind jgn terlalu mengharap bkn apa takut umi kecewa. Abi cuba tenangkan umi. Sampai sahaja di klinik nurse minta umi buat urine test. Setelah urine di test umi masuk bilik jupe doktor. Dengan wajah penuh bermakna doktor memberitahu "Tahniah awak dah mengandung dan bakal bergelar ibu".

Umi terus berlari dapatkan abi dan minta abi masuk ke dalam bilik doktor. Air mata umi bergenang terkejut dan terharu dgn pemberian yg paling berharga dalam hidup kami berdua. Doktor menasihatkan umi menjaga pemakanan dan sentiasa buat pemeriksaan kesihatan. Doktor mengesahkan umi dah mengandung 3 minggu nak masuk 4 minggu. Selepas keluar dari bilik doktor air mata umi bercucuran mengalir sebak rasa dada krn akhirnya ALLAH makbulkan doa umi dan abi. Selepas nurse memberikan ubat umi kuar menuju ke kereta dgn tangisan yg makin sebak Abi memeluk umi dgn erat dan mengucup dahi umi. Abi menenangkan umi dan berkata "Hadiah istimewa buat kita sayang".

Selepas tu umi terus menelefon mak dan ayah bgtau berita gembira ni. Kemudian disusuli dgn ma dan abah kemudian mawar dan ewan. Mawar adik iparku apalagi menjerit terkejut mendengar perkhabaran gembira ini. Ku perhatikan wajah suami ku yg tersayang tergambar wajah kegembiraan yg membahagiakan. Umi tahu abi dah lama menunggu saat utk bergelar seorang abi. Ini hadiah buatmu suamiku tersayang.

Setelah itu kami ke kedai makan nasi ayam yang abi kata sedap. Umi makan tapi tak berselera entah kenapa. Perasaan tgh bercampur baur rasanya. Selepas itu kami menuju ke rumah abah dan ma. Abah dan ma menyambut ku dengan senyuman melirik. Gembira rasanya hatiku ini.

Abi memandangku dgn penuh makna..Umi tahu abi gembira sgt dgn perkabaran ini. Hari ini ku rasakan bermakna buat umi dan abi...

Sunday, July 3, 2011

Setelah sekian lama

Setelah sekian lama menyepi, baru-baru ni rasa nak muncul kembali untuk menulis blog. Selepas tercabar dengan pertanyaan ofismate ku Farrouq.
Bukan apa umi rasa malas nak update blog sempat tak ada masa sangat nak luangkan masa berblog. Jadi bermula hari ini umi bertekad untuk menulis blog untuk meluahkan rasa gembira, sedih dan sebagainya.
Salah satu tujuan umi untuk kembali berblog untuk mengabadikan kenangan dan memori bahagia bersama keluarga tercinta. Terutama buat insan yang umi sayang Abi dan Mohammad Waiz.