Leelou Blogs

Friday, September 13, 2013

Setelah sekian lama

Rasanya hampir setahun jugak Umi tak berblog disebabkan tuntuan tugas dan sebagainya. Pelbagai kisah duka dan nestapa yg didalui sepanjang setahun tak berblog. Mcm cerita dan pengalaman yang hendak dikongsi. Rasa hati ingin aktif berblog dan berkongsi rasa. InsyaALLAH akan diusahakan untuk terus aktif dalam berblog.

Wednesday, January 25, 2012

Shopping di IKEA

Akhirnya abi belikan drawer untuk putera kesayangan kami. Dah lama umi mengimpikan drawer baju utk waiz. Memang unik design almari tu tapi warna putih terpaksa la amik sebab warna hitam takde. Kiranya katil dan almari waiz nanti kena beli warna putih la nampaknya. Terima kasih abi belanja belikan drawer untuk waiz. Sabar yer sayang bila dah besar sikit abi belikan katil waiz pulak. Seronok kami betul kami dapat gi IKEA. Mak Tok dan Ayah Tok join sekali. IKEA ni memang tempat favourite Ayah Tok. Macam-macam umi shopping barang rumah. Thank you Abi tolong bayarkan semua. Next time kita gi IKEA lagi yer. :)

Drawer waiz yang cantik


















Thursday, January 19, 2012

Sambutan Hari Lahir dan Aqiqah Wan Thaqif Harraz



17/12/2011 genap umur Mohammad Waiz 1 tahun. Hari ini juga Mawar dan Ewan(adik umi) mengadakan Majlis Hari lahir buat Harraz yang pertama. Harraz lahir 2 hari awal sebelum Waiz. Ini antara gambar di majlis Harraz







Ini gambar kek Hari Lahir yang Pertama. Malamnya umi dan abi sambut dharilahir waiz di umah mak tok dan ayah tok.












Sunday, January 15, 2012

Pool anak Umi


Masa checkup Waiz utk injection 1tahun kat Pusat Rawatan Islam Az Zahra pada 18/12/2011 umi dan abi sempat singgah di outlet Manjaku Bangi. Umi sempat memborong car seat baru yang lebih besar dan selesa utk Waiz. Umi sempat lahgi menjeling ke baby pool dan umi memujuk abi utk belikan utk Waiz. Akhirnya abi belikan pool utk Waiz, balik tu terus Ayah Su nyer bertungkus lumus mengepam angin ke dalam pool Waiz. inilah gelagat Waiz dapat bermain dalam pool kat umah MakTok AyahTok.











Set mandian Waiz


Ini umi kongsikan set mandian dan krom pelembab badan Waiz yang umi dan abi spent bulan RM120. Waiz mula gunalan set ini bila Waiz mula berumur 6 bulan sebeb Waiz ada masalah enzema. Alhamdulillah enzema Waiz hanya 0.01% sahaja. Jadi untuk langkah awal doktor di Polliknlinik An Nur menyarankan kami menggunakan set ni. Alhamdulillah ok jgk set ini walaupun mahal tapi umi tak kisah sangat utk anak kesayangan kami. Set ini biasanya abi beli tahan ke 2 bulan. Satu set utk dirumah dan satu lagi set utk kegunaan di rumah nenek.


Set mandian, krim dan pelembab Waiz


Evamat buat Waiz

Umi dan abi dah berbincang untuk belikan waiz evamat. Dah lama umi cari evamat yang sesusi untuk Waiz maklumlah waiz suka bergerak ke sana sini. Jadi umi carilah mat yang sesuai utk waiz beriadah. Klau Waiz bermain atas tikar buluh tak sesuailah pulak kan...Jadi inilah evamat utk Waiz sayang, ada gambar transportation lagi

Wednesday, January 11, 2012

Bahan Pembelajaran Mohammad Waiz

Alhamdulillah hari ini Mohammad Waiz genap 1tahun 3minggu. Sungguh cepat masa berlalu tanpa umi dan abi sedari anak kami dah membesar dengan cepat. Moga Mohammad Waiz menjadi anak yang berguna pada agama dan kedua ibu bapa. Tiada harta yang paling berharga buat umi dan abi melainkan dapat mendidik Mohammad Waiz menjadi anak yang soleh dan taat pada suruhan ALLAH.

Umi dan abi mula merencanakan pelbagai perancangan untuk proses pembelajaran Mohammad Waiz. Umi dan abi bersyukur Mohammad Waiz mula meniru gaya kami bersolat. Umi dan abi akan pastikan Mohammad Waiz sentiasa disisi kami setiap kali kami bersolat. Abi dan umi juga akan pastikan setiap malam Mohammad Waiz bersama dgn umi dan abi utk membaca Al-Quran.Alhamdulillah Mohammad Waiz boleh menerima ajaran kami. Mohammad Waiz dah pandai meniru gaya kami bersolat dan mengaji.

Setiapkali sebelum masuk ke rumah abi akan mengazankan dan sambil mendukung Mohammad Waiz. Setiapkali Magrib dan Isyak jgk abi akan azan bersama Mohammad Waiz. Bila abi mula azan terdengarlah suara si anak comel Mohammad Waiz mengikut alunan azan abi dgn caranya tersendiri. Sungguh unik ciptaanMu Ya ALLAH. Tiada harta yang lebih berharga buat umi dan abi melainkan anak yang soleh dan dapat mendoakan umi dan abi sekiranya kami tiada di dunia nanti.


Abi dan umi mula membelikan Mohammad Waiz bahan pembelajaran seawal usia Mohammad Waiz 8bulan. Umi dan abi membelikan laptop doa, surah pendek dan bahasa Arab. Umi juga membelikan buku mini Bahasa Jawi dan VCD Huruf Hijaiiyah untuk Mohammad Waiz. Tak ketinggalan buku ABC awalan untuk Waiz juga umi belikan. 



set dari islamicparenting yang umi & abi belikan


laptop doa

laptob bahasa arab dan huruf hijaiiyah