Leelou Blogs

Thursday, August 4, 2011

Mesin bermakna buat umi

Perkakasan umi...
Terima kasih kepada abi kerana sudi membelikan Spectra 3 yg amat berguna buat umi. Alhamdulillah alat ini dibeli pada hari ke3 kelahiran permata hati umi dan abi. Abi membelinya di Bangi outlet susuibu.com Masa mengandung umi dah tunjukkan kedai tu pada abi dan umi dah beritahu kalau umi dah bersalin nanti abi belikan spectra utk umi kat sini yer.

Bukan umi taknak beli awal2 saja nak tgk pengeluaran susu mcmmana. Alhamdulillah susu umi memberangsangkan. Umi mmg berazam nak menyusukan permata hati umi sepenuhnya. Sampai kini umi masih menyusukan anak umi. Moga ALlah permudahkan urusan umi dan diperbanyakkan susu umi. Umi harap dapat menyusukan anak umi sampai umur 2thn. Trma kasih kpd Spectra 3 yg banyak membantu umi dan menjimatkan masa memerah susu.

No comments:

Post a Comment